Sumbangan kepada pasukan kebangsaan Itali Juventus F.C.

Roberto Baggio, bekas pemain Juventus dalam pakaian pasukan Itali. Beliau membantu pasukannya untuk mara ke final Piala Dunia 1994.

Secara keseluruhannya, Juventus adalah kelab yang menyumbang ramai pemainnya ke pasukan kebangsaan Itali[111] dan Juve hanyalah satu-satunya kelab Itali yang meyumbang pemainnya ke setiap kejohanan yang dihadapi pasukan kebangsaan Itali sejak Piala Dunia 1934.[112] Juventus banyak menyumbang pemain-pemainnya ke kempen Piala Dunia Itali dan dua era cemerlang. Salah satunya ialah Quinquennio d'Oro (Quinquennium Keemasan), dari tahun 1931 hingga 1935, dan Ciclo Leggendario (The Legendary Cycle), dari 1972 hingga 1986.

Di bawah ialah senarai pemain Juventus yang mewakili pasukan kebangsaan Itali ketika menjulang trofi Piala Dunia;[113]

Dua pemain Juventus yang memenangi anugerah Kasut Emas ketika beraksi di Piala Dunia bersama Itali ialah Paolo Rossi pada tahun 1982 dan Salvatore Schillaci pada 1990. Terdapat juga pemain-pemain Juventus yang mewakili Itali untuk bergelar juara dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah 1968. Mereka addalah Sandro Salvadore, Ernesto Càstano dan Giancarlo Bercellino.[114]

Kelab Turin ini juga menyumbang pemain-pemain bukan sahaja Itali malah negara-negara lain. Zinédine Zidane dan kapten Perancis, Didier Deschamps merupakan pemain Juventus yang menjuarai Piala Dunia FIFA 1998 ketika bersama Perancis[115] (tiga pemain Juventus lain dalam skuad Perancis 1998; Patrick Vieira, David Trezeguet dan Lilian Thuram). Tiga pemain Juventus ini juga memenangi Kejohanan Bola Sepak Eropah ketika bersama negara asal mereka selain Itali iaitu Luis del Sol mewakili Sepanyol untuk memenanginya pada tahun 1964 manakala dua lagi dari Perancis, iaitu Michel Platini dan Zidane meraih trofi tersebut pada edisi 1984 and 2000.[116]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Juventus F.C. http://www.bbc.com/sport/0/football/27463440 http://sportsillustrated.cnn.com/soccer/news/20140... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.espnfc.com/juventus/story/2858561/juven... http://www.eurosport.com/football/juventus-claim-b... http://www.exor.com/index.php?p=azionariato&s=inve... http://www.exor.com/index.php?p=profilo&s=exor&lan... http://www.exor.com/portfolio/portafoglio_investim... http://www.fifa.com/classicfootball/clubs/matchrep... http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-j...